The participant from The altar Knights Sacred Heart Inobong.
Evan and friends listening to the talks.
Baru-baru ini ketika musim cuti sekolah iaitu pada 16 Ogos hingga 23 Ogos 2008, saya dengan abang dan adik perempuan saya dan juga beberapa saudara terdekat dan rapat serta saudara dari LD berkumpul di rumah datuk saya dengan harapan dapat menghabiskan cuti tersebut demi merapatkan tali persaudaraan antara kami dan juga bertukar-tukar fikiran sambil bermain game dan lain-lain. Pada mulanya, kami adakan acara retreat dengan cara bermalam bersama di luar rumah menggunakan khemah. Memang seronok kerana dapat menikmati udara segar pada waktu malam dan pagi yang mana jarang-jarang kami lakukan sebelum ini dan menatapi bintang-bintang yang berkelip-kelip di ruang angkasa.
Namun, kesoronokan musim cuti pada kali ini bertukar wajah apabila salah seorang daripada ahli keluarga saya (anti saya sebenarnya) mula pandai bermain ilmu jiwa. Terkejut saya bilamana saya dituduh menghalau beliau dari rumah datuk saya walhal beliau lah yang menghalau saya dan adik saya dari rumah datuk saya yang saya sayangi itu. Beliau amat mudah mempengaruhi datuk serta anti saya yang berada di KL (yang hanya dengar sebelah pihak sahaja) bahawa saya lah orang yang mengeluarkan kata-kata kesat tersebut sehingga menyebabkan datuk saya yang tidak tahu perkara sebenar itu mempercayai pembohongan beliau. Apabila datuk saya sampai ke rumah dari timur
Dalam hal yang berkaitan, ibubapa saya telah menganggap perkara itu sudah berlalu dan sudah tidak relevan lagi kerana bapa saya sudah mendapat kepastian dari datuk saya yang menyatakan bahawa kami boleh tinggal di rumah datuk saya sebelum beliau berangkat balik ke timur
Dalam kejadian yang sama, bapa saya hampir melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kelakuannya yang mendera saya sehingga menyebabkan kecederaan pada tangan saya (lihat gambar) namun setelah menerima nasihat dari ibu saya, bapa saya mengabaikan perkara tersebut kerana kecederaan itu tidaklah begitu mendesak. Walau pun demikian, bapa meminta saya memberitahunya sekiranya kejadian seumpama itu berulang lagi dan tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa termasuklah polis. Bapa saya bilang, sepanjang usianya, beliau belum pernah berjumpa atau terjumpa dengan orang (budak sekolah belasan tahun) yang pandai twisting/main ular perkara sebenar. Inilah kali pertama beliau terserampak dengan orang yang sedemikian namun berselindung dengan kuasa “TWISTER” nya. Mungkin terlalu menonton drama atau Pilipin punya series?.....lol..memang pun. Maklum lah kaum kerabat Corazon C. Aquino pula nun dari selatan Phil........ (part 2 akan bersambung pada musim cuti sekolah November-December)……….cheers…..