27 August 2008

Budak Mentah Cuba Bermain Psycho

Baru-baru ini ketika musim cuti sekolah iaitu pada 16 Ogos hingga 23 Ogos 2008, saya dengan abang dan adik perempuan saya dan juga beberapa saudara terdekat dan rapat serta saudara dari LD berkumpul di rumah datuk saya dengan harapan dapat menghabiskan cuti tersebut demi merapatkan tali persaudaraan antara kami dan juga bertukar-tukar fikiran sambil bermain game dan lain-lain. Pada mulanya, kami adakan acara retreat dengan cara bermalam bersama di luar rumah menggunakan khemah. Memang seronok kerana dapat menikmati udara segar pada waktu malam dan pagi yang mana jarang-jarang kami lakukan sebelum ini dan menatapi bintang-bintang yang berkelip-kelip di ruang angkasa.

Namun, kesoronokan musim cuti pada kali ini bertukar wajah apabila salah seorang daripada ahli keluarga saya (anti saya sebenarnya) mula pandai bermain ilmu jiwa. Terkejut saya bilamana saya dituduh menghalau beliau dari rumah datuk saya walhal beliau lah yang menghalau saya dan adik saya dari rumah datuk saya yang saya sayangi itu. Beliau amat mudah mempengaruhi datuk serta anti saya yang berada di KL (yang hanya dengar sebelah pihak sahaja) bahawa saya lah orang yang mengeluarkan kata-kata kesat tersebut sehingga menyebabkan datuk saya yang tidak tahu perkara sebenar itu mempercayai pembohongan beliau. Apabila datuk saya sampai ke rumah dari timur Sabah, beliau dengan lantang menengking dan menegur ibu saya mengenai perkara tersebut. Untuk pengetahuan, ibu saya adalah jenis yang tidak suka bercakap panjang iaitu (straight to the point punya orang) menolak dakwaan dan teguran datuk saya dan memberitahu beliau perkara sebenar lalu datuk saya pun terdiam seketika (mungkin beliau baru sedar keadaan sebenar kerana selama ini beliau hanya mendengar sebelah pihak iaitu seseorang yang sedang mengamalkan ilmu jiwa, pendek kata mastermind) dan kemudian kata-katanya pun bertukar tune. Saya harap beliau memahami bahawa anti saya ini melakukan pembohongan yang amat serius dan ketara. Dulu pun beliau pernah menuduh saudara saya dari LD sehingga menyebabkan perbalahan keluarga buat seketika waktu. Beliau (anti) ini amat licik sebenarnya semasa berkata-kata di depan datuk saya namun beliau kaku apabila berdepan dengan ibubapa saya, di mana beliau sentiasa bersembunyi di biliknya apabila beliau mendapati ibubapa saya sudah berada di rumah.

Dalam hal yang berkaitan, ibubapa saya telah menganggap perkara itu sudah berlalu dan sudah tidak relevan lagi kerana bapa saya sudah mendapat kepastian dari datuk saya yang menyatakan bahawa kami boleh tinggal di rumah datuk saya sebelum beliau berangkat balik ke timur Sabah. Walau bagaimanapun, apa yang lebih menyedihkan ibu saya, ialah ketika menerima SMS dari anti saya di KL (entah dari mana laporan CNN yang beliau baca - mungkin juga dari mastermind) yang amat menyebelahi dan menuduh ibu saya perkara yang sebaliknya. Beliau bilang, perkara budak-budak, tetapi bukankah anti saya yang bongkak itu yang sentiasa bersembunyi di bilik itu sudah belajar di tingkatan 3 dan berusia belasan tahun dibandingkan dengan saya yang baru berusia 9 tahun dan adik saya yang baru akan menjangkau 7 tahun tidak lama lagi. Tidak kah beliau (anti KL) sedar bahawa ibu saya belumpun mengatakan apa-apa dengan anti (bongkak) itu, namun sudah beliau menuduh yang bukan-bukan dan jump into conclusion terhadap ibu saya. Mengapa beliau tidak menasihati anti (bongkak) saya yang mencederakan tangan (lihat gambar) dan menolak kepala saya beberapa kali. Ini sudah mendera namanya. Saya ini adalah manusia dan bukan binatang. Saya amat kagum dengan ibu saya kerana masih dan boleh bersabar dengan kejadian itu walau pun tuduhan demi tuduhan dilempar tanpa asas. Moga ibu saya mendapat berkat dari Tuhan yang amat Penyayang. Bagi bapa saya pula, beliau begitu marah tetapi tersenyum dan ada masa beliau ketawa terbahak-bahak dengan perkara itu. Beliau memberitahu kami jika sekiranya dia (anti bongkak/twister) masih budak seperti didakwa oleh anti (KL) itu benar, bagaimana pula dia sudahpun pandai bermain API dimana bagi bapa saya adalah amat dangerous dan perlu diambil perhatian segera demi mengelak kejadian yang lebih serious . Satu pertanyaan saya ialah apakah yang akan berlaku bilamana usianya sudah menjangkau umur dewasa. Lagi pandai main ular kah.........lol...

Dalam kejadian yang sama, bapa saya hampir melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kelakuannya yang mendera saya sehingga menyebabkan kecederaan pada tangan saya (lihat gambar) namun setelah menerima nasihat dari ibu saya, bapa saya mengabaikan perkara tersebut kerana kecederaan itu tidaklah begitu mendesak. Walau pun demikian, bapa meminta saya memberitahunya sekiranya kejadian seumpama itu berulang lagi dan tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa termasuklah polis. Bapa saya bilang, sepanjang usianya, beliau belum pernah berjumpa atau terjumpa dengan orang (budak sekolah belasan tahun) yang pandai twisting/main ular perkara sebenar. Inilah kali pertama beliau terserampak dengan orang yang sedemikian namun berselindung dengan kuasa “TWISTER” nya. Mungkin terlalu menonton drama atau Pilipin punya series?.....lol..memang pun. Maklum lah kaum kerabat Corazon C. Aquino pula nun dari selatan Phil........ (part 2 akan bersambung pada musim cuti sekolah November-December)……….cheers…..



7 comments:

  1. Wah... ganas juga budak nih... kelaparan mungkin sampai menggigit. Correct, correct....memang benar, budak cam ni harus diambil perhatian, kerna jika tidak akan memudaratkan kesihatan dan boleh membinasakan bangsa.... aramai ti!

    ReplyDelete
  2. I ni berada nun jauh di Putrajaya, tapi I simpati kat budak 9 tahun nih. Mengapa dibiarkan oleh parent nya bergaul ngan zombi. If it happen to my own kids, I'll definitely kick her asshole...

    ReplyDelete
  3. kesiannya kau ni, 'sot' kah aunty kau tuh? Bagus kau jauhi diri darinya lah, manalah tau naik gila lagi satu hari nanti lebih teruk dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. Ui...nah. Jika budak sekolah dah pandai berbohong, memang payah! Sekali berbohong nanti balik-balik berbohong. Bile umur dah dewasa, lagi payah, nanti jadi tabiat pule!. Tak de ubat nya oiiii. Nanti pandai main ular... bahaya! By the way... budak ni sekolah kat mane? Memalukan je bangsa & negara!! Darimane asal budak bohong ni...siape name ibu nya?

    ReplyDelete
  5. Ring...ring... Ape....kucing...mastermind pun control kucing? Mas...allah. Dia control guna apa? Ape... remote control....

    ReplyDelete
  6. Mahaya..mahaya. kalau kucing pun di kontrol oleh mastermind........ ape lagi si poor guy. Macam mane ngan siblingnya....belum buke mata lagi ke atau masih bersekongkol ngan mastermind nih? masih lagi terpinga-pinga. Manyak dah kejadian seumpame cam nih yang I dah dengar. bawa kehancuran keluaga... tengok lah taukeh Restoran Sempelang...Sembulan.... kwin pilipin rupanya.

    ReplyDelete
  7. When a lier met a lier, nothing is a lie for them. But for me, it does not matter, both is a lier, isn't it. It does not matter what your mama is cooking!

    ReplyDelete

Comments posted by readers of this blog do not necessarily reflect the views of Crystal & Eve